Friday, May 7, 2010

Info Bergambar Jawatankuasa Persatuan Agama Islam & Jawatankuasa Surau SMK Yamtuan Radin

Persatuan Agama Islam SMK Yam Tuan Radin

Persatuan Agama Islam adalah satu persatuan yang bergerak di bawah unit kokurikulum sekolah dalam usaha untuk menyebarkan dakwah kepada pelajar-pelajar islam SMK Yam Tuan Radin seterusnya melahirkan genarasi Rabbani yang berakhlak mulia dan di pandang oleh masyarakat luar.

Persatuan Agama Islam SMK Yam Tuan Radin juga mempunyai perancangan-perancangan aktiviti keagamaan dan sukan bagi pelajar Islam dalam menanam sifat cinta kepada agamanya dan penciptanya, justeru itu Persatuan Agama Islam hendaklah mencapai matlamat iaitu bergerak dalam satu jamaah dan menjadikan Persatuan Agama Islam Sebagai Persatuan yang Mantap dan Hebat dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Di harapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini, dapatlah memberi teguran membina untuk kebaikan bersama jikalau ada salah dan silap saudara bolehlah mengatakan di ruang komen, bersama kita membina generasi Rabbani yang berakhlak mulia