HUKUM ISLAM

(hukum memakai minyak wangi)


Assalamualaikum..

Seseorang memakai minyak wangi tanpa alkohol disapu pada tangan dan selepas itu mengambil air sembahyang. Adakah sah solatnya sedangkan baunya masih melekat? bagaimana pula dengan mandi wajib?

Jawapan :

Jika wangian tersebut jenis yang tidak menghalang air dari sampai kepada anggota wuduk maka tidak wajib menanggalkannya terlebih dulu sebelum mengambil wuduk.

Jika wangian jenis berminyak maka hendaklah dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk jika ada wangian itu pada anggota wuduk seperti pada tangan.

Jika ada wangian tersebut pada bukan anggota wuduk seperti pada leher maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

wallahua'lam

................................................................................................



(hukum mencabut gigi sibulan puasa)


1. apakah hukum cabut gigi di bulan puasa? ada yg kta makruh, ade yg kate batal...sya musykil la..



jawapan :

w.salam

Harus mencabut gigi dibulan puasa cuma berhati2 jangan ditelan air liur dengan darah gigi kita.

wallahua'lam

................................................................................................


(hukum azan awal)

assalamualaikum ustaz,

saya pernah tersalah azan awal dari waktu sebenarnya iaitu terawal 10 minit, apakah saya perlua azan semula atau memadai dengan iqamah sahaja, tolong jelaskan.



jawapan :

w.salam

Jika tersalah azan pada masa yang belum masuk waktunya maka azan tersebut tidak sah. Maka sunatlah diulang azan tersebut apabila telah masuk waktunya.

wallahua'lam



(hukum memakan sup sarang burung)

Salam..

Ana ingin tahu mengenai sup sarang burung. apakah hukum memakan atau meminum sup sarang burung??

terima kasih



Jawapan :

Hukum memakan sarang burung layang2 sebagai yg telah maklum itu adalah halal sebagaimanan difatwakan olih

Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wallahua'lam

................................................................................................


(hukum menjawab salam bukan islam)

soalan : bolehkah saya jawab salam murid_murid yang belum baligh yang mananya ibubapanya belum Islam.



soalan : bagaiamana cara nak bayar fidyah dan ganti puasa yang tidak dibuat ketika usia !% tahun lagi.camanan nak kira fidyahnya

jawapan :

1. Agama anak orang kafir yang belum baligh adalah mengikut agama ib bapanya pada sisi syarak sekalipun disisi Allah ia adalah dikira belum lagi sebagai orang kafir.

Oleh itu setengah ulamak mengatakan cara menjawab salamnya adalah seperti menjawab salam orang kafir yg dewasa iaitu dengan 'alaikum' sahaja.

2. Jumlah fidyah hendaklah dikali jumlah hari yg ditinggalkan puasa itu dengan bilangan tahun yg telah dilompat.

Sehari bersamaan dengan secupak beras.

Contohnya jika sekarang telah berumur 20 tahun dan ketika berumur 15 tahun telah meningalkan puasa sebanyak 4 hari maka fidyahnya ialah 5 tahun kali 4 hari jadi jumlahnya 20 cupak beras.

*ambillah apa saja bahan agama yg ada pada web ini utk disebarkan kepada orang lain kerana lebih ramai yg tahu maka lebih banyak manafaatnya.
wallahua'lam


................................................................................................


(hukum melihat jenazah)

Bolehkah kita melihat wajah jenazah yang telah siap sempurna di mandikan dan di solatkan?

Jawapan :

Ya. Harus melihat wajah jenazah yang bersamaan jantina selepas dikafankan sebelum ditanam tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram.


................................................................................................